Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Buah Koko - Buah legend ketika kecil


Have u seen this fruit before? Still remember them? ermm, kepada sesiapa yang tak kenal buah ni dianggap sebagai seorang yang rugi sebab mereka tidak mempunyai masa silam yang boleh dibanggakan. yup, macam aku sekarang ni. aku nak banggakan buah yang dianggap legend pada zaman kegemilangan aku waktu kecik2 dulu iaitu buah koko. jangan ade yang kate ni buah betik pulak ye...

Korang2 yang duduk kat bandar mesti tertanya2 kenapa buah koko ni dianggap legend oleh budak2 kampung felda macam aku kan? sebenarnye buah ni tak berapa femes macam buah durian, rambutan, duku or langsat yang selalu ade je dalam 'alphabet' untuk pembelajaran budak2 tadika/prasekolah. nah, sebab die tak berapa femes lah tak ramai orang yang tau pasal die. kalau tau pon mesti korang tau pasal serbuk koko, air koko atau cococrunch je kan? hehehe (opss sori mungkin segelintir je yang tak tau pasal buah ni.). tapi bagi kitorang yang kat kampung, buah ni amat dikenali sebab ia mudah dijumpai dan berbuah tidak mengikut musim. maknenye bila2 masa je kita boleh jumpa buah ni. tapi yang sadisnye aku jarang2 jumpe sebab tak sempat nak kuning (masak), mesti da kena rembat dengan jiran2 sebelah rumah. dan kalau jumpe time die masak pon kadang2 dah ditebuk tupai.

Cerita pasal buah koko, teringat pulak aku zaman kecik2 dulu. aku ngan jiran2 aku termasuk adik lelaki aku suka main masak2. time cuti sekolah je mesti kitorang bangun pagi2, tunggu kat court badminton sebelah rumah aku. kadang2 aku terlambat nak pergi main, so jiran aku akan panggil aku menggunakan botol. 2 botol kaca dilaga2 kan supaya menghasilkan bunyi. maklum la nak panggil depan pintu takut mak aku marah2 dan bebel kat diorang, jadi panggil la cara bujang lapok. bila dengar je bunyi botol aku ngan adik aku cepat2 sarung selipo dan kuar bermain. hehehe bijak... memang bijak...

Lepas je kitorang penat main masak2, kitorang suka buat aktiviti mengembara kedalam hutan. huh mengembara lah sangat. padahal masuk dalam semak kat belakang rumah je. dan bila dah masuk dalam kawasan semak, matlamatnya hanya satu, BUAH KOKO! dan sekarang setelah lebih kurang 10 tahun akhirnya aku jumpa balik buah kegemaran aku....

Ceritanya macam ni. Mase aku tengah kemas kat laman belakang rumah aku, aku ternampak ade buah bergayut dekat batang pokok. aku aim dari jauh. nampak buah warne kuning. aku dah syak yang tu buah koko. so dengan agak teruja aku pon terus terkam pokok tu. mula2 aku nampak sebijik. pastu makin dekat dengan pokok aku nampak lagi sebijik dekat belakang buah pertama tadi. hehe dalam hati aku cakap "makan besar kali ni". maklum la, buah ni dah bertahun aku tak jumpe. kalau jumpe pon sebijik,pastu terpakse bahagi2 dengan adik ngan abang aku plak tu. nak dijadikan penyadap cerita pulak, bila dah sampai kat pokok tu aku tengok rupenye2 ade 3 bijik buah koko bergayut. warne kuning. ngam! memang sah dah masak. tunggu nak dipulas je tu...

Dengan perasaan berkobar2 aku bawak naik buah tu dan tak sabar nak isap bijik koko sampai hilang rasa. eh korang tau tak cara nak makan buah koko ni? hah meh cini aku tunjuk skill memakan buah koko.


Benda pertama yang korang kena buat, pulas kuat2 buah koko sampai terbalah dua macam ni. contoh kat atas ni aku potong guna pisau sebab tu nampak cantik terbelah dua. make sure korang simpan bahagian kulit atas yang kosong tu.


Lepas tu, korang boleh nyonyot bijik2 koko yang ade kat dalam buah koko. nyonyot je tau, jangan telan dengan biji2nya pulak. kang tumbuh pulak pokok koko dalam perut.


Urat koko adalah part yang paling direbut2 oleh budak2. yang macam korang tengok, urat koko adalah pengikat biji2 koko. kalau dapat makan urat tu rase bangge giler lah. cara nak makan urat koko, korang pulas je sampai putus dari kulitnya, pastu ngap!


Okay last sekalu, ingat tak tadi aku ade suruh simpan kulit bahagian atas yang kosong tu kan? so inilah fungsinya. lepas nyonyot2 biji koko, biji tu tak boleh baling sepah2. kenapa pulak tak boleh baling sepah2? sebabnya,
kau nak mati kena marah ngan mak aku sebab buang sampah merata2???



Nampak menyelerakan tak? rasa nak cuba makan buah ni? jom lah datang rumah aku. nanti aku bagi korang rase buah ni. tu pon kalau tak kena kebas dengan jiran sebelah rumah.... hehehe