Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Program Mobiliti UUM-UAD 2012

Wahhh pes time dalam hidup aku nak naik kapal terbang... siap pergi negara orang lagi. dan yang paling terujanya, aku pergi bukan atas dasar melancong semata2. tapi sebab mewakili UUM dalam pertandingan 'Membuat Video'. tapi ape salahnye kalau sambil menyelam minum air kan? melancoong free sape tak nak...


Lepas settle semua urusan penerbangan, semua orang amek kesempatan menge'take' picture. maklumlah, semua orang jakun nak naik kapal terbang... eh, mungkin aku je kot yang jakun tu? hehe tak baik buruk sangka kat orang lain. tu, tu! tengok gaya aku bawak beg macam tak nak balik ghumah lagi dah. tapi ade orang yang over dari aku sebab lebih dari muatan yang dibenarkan. tengok jela beg budak depan aku tu. BESAR kan???




First impression aku mase dalam perut pesawat ni? *tak best *sempit *lebih baik naik bas je... haha macam tu la gamaknye perasaan orang yang pes time naik kapal terbang. tak best rupenye kan naik belon ni. or mybe kapal yang aku naik ni je yang tak seronok. maklum la, kapal murah. untung la dapat naik kapal seponser kan.

Setibanya aku kat Indonesia, kami bersama2 makan makanan tempatan orang2 indon. bagi aku, sedap je makanan yang diorang sediakan tapi ade pulak orang yang tak boleh terima tekaknya dengan makanan di tempat lain.


Time nak sembahyang pulak aku macam sikit keliru. kebiasaan telekung di Malaysia semua berwarna putih kan? tak diwajibkan putih, tapi ia nampak lebih elok sebab putih kan warna yang suci. tapi telekung kat sana semuanya warna warni. dah la kalerful, pastu kain yang digunakan sangat2 la nipis. sampaikan time nak sujud habis terbang telekung yang aku pakai. erkk malu punye pasal, aku tukar jenis telekung. the 2nd one is better than b4 kot.

Second day di bumi orang.
Macam yang aku cakap mula2 tadi, kitorang gi Indonesia ni bukan atas lawatan semata2. tapi kami pergi atas pertandingan yang dianjurkan pihak UAD (Universiti Ahmad Dahalan). Iaitu pertandingan 'Membuat Video'. Dalam pertandingan ni kami terpaksa shoot satu kawasan pelancongan di sekitar Jogjakarta iaitu Candi Ratu Boko. plan asalnya, kami akan shoot di Candi Borobudur, tapi disebabkan kesuntukan masa dan cuaca yang tidak menentu, so kami cuma shoot di Candi Ratu Boko kerana lokasinya terletak berhampiran dengan UAD.


Ni gambar sebelum kami memulakan pendakian ke atas puncak Candi tu. bersama team member yang sangat cool dan sporting.

Bergambar kenangan dengan pelajar2 UAD di Istana Candi Ratu Boko.


Walaupun dalam keadaan hujan, kami tetap bergambar bersama sebagai kenangan yang boleh diceritakan kat anak cucu.

Boleh dikatakan susah jugak ye nak main dengan gadget2 ni. maklum la aku ni budak kampung je. tak main pon dengan mainan2 macam ni. lagi pulak, aku baru sem 1 yang melangkah ke dunia yang aku sendiri tak tahu ape functionnye. dari budak accounting aku tersasar jauh ke dalam bidang Multimedia. tak ke naye aku namenye tu? Tapi Alhamdulillah aku ade team yang tough dan memberi aku sedikit tunjuk ajar.



Dari sini aku timba sikit-sikit pengalaman daripada senior2 yang sudi ngajar aku guna natang nih. selama ni aku cuma gunakan camera je, tak sangka pulak aku akan berkerja sekali dalam pembuatan video. rasa macam makin semangat2 nak belajar Video Digital sem depan. dan aku rasa sangat2 bersyukur sebab dapat mempelajari tentang semua2 ni.


Third day sebagai penyunting video.
Hari ke-3 dah sampai pon. dan hari ni jugak merupakan hari yang kritikal buat kami satu kumpulan. sebabnya kami ditugaskan untuk menyiapkan video tersebut. macam2 kejadian yang berlaku. macam biase la, aku ni jenis kepale angin sikit kalau buat kerja. keadaan tertekan buat aku rase nak marah semua orang. maaflah ye team member. 

Aku akan ade kat mane2 je yang aku rase nak pergi. HANYA KEBETULAN si jurukamera TERambil gambar aku dengan kak Ajua tengah pilih video.

Aku, kak Ajua dan kak Rynn telah memilih beberapa scene yang elok dan sesuai dengan tajuk kami. Manakala aku (sekali lagi), dan Zul memilih ayat2 untuk dijadikan skrip. malah Zul sendiri telah menjadi narator iaitu pembaca skrip dalam video tersebut. Syue pulak telah dikerah tenaganya untuk menaip dan memprint skrip tersebut. 

Nampak tak aku ditengah2 celahan orang tu? bz bona nampaknye aku time tu kan? aku pon tak perasan... -.-'

Walaupon nampak macam aku suke2 enterframe, tapi sebenarnye aku betul2 buat kerja sebab aku risau dengan video kami yang macam tak sempat nak siap pada masa nya. tengok la tu sampai senget2 mulut. hehe


Dan lagi sekali aku dan Key telah membuat pengeditan yang terakhir. kami terpaksa meng'synchoronise'kan video tersebut dengan suara yang telah dirakam sebelumnya. time tu semua orang dah give up dan rasa nak menyerah kalah sebab mase yang diberikan sangat2 tak mencukupi. sambil pegang kertas skrip, aku duk sebuk cek kerja yang Key hasilkan. tapi satu sikap yang aku terpaksa puji kat sini, sikap Key yang tak nak mengaku kalah dan teruskan berjuang. aku SANGAT2 BERBANGGA sebab aku kat situ, same2 pecah kepala nak siapkan tugasan yang diberikan... 

Setelah mengharungi beberapa jam yang sangat kritikal, akhirnya kami telah dinobatkan sebagai juara pertandingan tersebut. wahh sangat2 tak sangka sebab kumpulan kami sebenarnya telah dianak-tirikan oleh pihak penganjur. 


sedikit gambar untuk tontonan anak cucu... peace ^_^v

Opsss lupa nak gitau. kami bukan sekadar memenangi piala, tapi menerima wang sebanyak RM300 (bukan rupiah tau).

Dan akhirnya masa yang dinanti2kan oleh kami semua ialah "Shopping Time". walaupon satu hari ni kami dah sakan berjalan di candi, tapi kami tak berpeluang beli ape2. sebabnya duit kami belum di convert kan ke matawang rupiah. dah balik dari candi baru lah dapat tengok duit rupiah tu macam mane rupe bentuknye. 



Duit rupiah, walaupon banyak nombornya, tapi jangan la korang nak bangga sangat. sebab duit merah yang aku pegang tu (rp100,000) bersamaan RM30 je. tapi xpe time tu aku jadi jutawan sekejap sebab dah pegang duit SEJUTA........... rupiah. hehe


Malam terakhir di Indonesia.
Sebagai pelengkap kepada trip kami ke Indon, kami semua telah diberi peluang merasa bakso terhandal di Jogja. wahhh memang boleh dikatakan korang akan nak tambah2 2-3 mangkuk kalau makan bakso asli Indonesia (bukan bakso tepi jalan okey)




Kat kedai ni kita boleh pilih nak makan kat meja atau bersantai je kat lantai. kami prefere duduk bersila kat lantai sebab tu dah memang manjadi tradisi orang Melayu sejak dari dulu lagi.

Lepas menyenakkan perut dengan makanan yang sedap2, kitorang pon bershopping sampai tak ingat katil. bayang jela shopping sampai pukul 3-4 pagi. masyarakat kat sini pulak macam tak reti tido. 3-4 pagi macam 3-4 petang bagi diorang. makin malam makin ramai pulak duk melepak kat 'dataran'. tapi bestnya sebab kami pon dapat merasa keseronokan berada di bumi orang.


Kelihatan kan mat2 motor yang berlambak2 kat belakang? ni la bukti bahawa rakyat Indonesia
TAK TAKUT MASA... 


3-4 pagi tapi kami segar macam tak perlu tidur lagi dah... sangat syok ^_^

   

Dalam rasa yang tak mengantuk tu sempat pulak kitorang berjoget tarian bollywood. memang lumrah kat sini orang2 nya cari rezeki dengan mempersembahkan pelbagai jenis seni, termasuk menyanyi, menari, melukis kat tepi2 jalan dan macam2 lagi la. rase best sangat2 sebab tak pernah rase life yang sempoi macam ni. nasib baik xde orang hulur duit je. hehe


Bila shopping kat tepi2 jalan, kitorang dihidangkan dengan alunan lagu tradisi masyarakat kat sini. muzik diorang best, tapi tak paham ape pon. mungkin ade unsur2 keagamaan kot. siap ade tarian2 jawa. sape dah tengok sila lah bayar key sebab tu je pon carian rezeki diorang.


4th day shopping lagi sebelum balik...


Berpakaian Jogja yang kitorang baru beli malam tadi, kitorang pon beramai2 jenjalan kat beberapa kawasan sekitar Jogja. kat sini nak cerita, kalau nak melintas jalan tak payah pakai lampu isyarat pejalan kaki. korang angkat tangan je kat kereta, bas, lori tu semua. konfem diorang berenti. pejalan kaki diutamakan, kalau tak berenti siaplah kereta2 tu. dan itu lah istilah yang diberi nama 'Talk To The Hand'. wahh rasa macam ade kuasa magic pulak bila kereta2 tu berenti hanya dengan kita angkat tangan.


Masing2 muka semangat nak jalan2. yela pagi lagi kan...


Pantang je dengar orang sebut '1,2,3...' semua akan cepat2 dok enterframe... terutamanya aku :D


Di Masjid bawah tanah. lalu kat bawah terowong ni buat aku cuak sebab aku ni takut gelap. nasib baik jalan ramai2, kalau tak mesti aku peluk syue kuat2.


Tak sempat nak naik atas, diorang dah suruh turun balik. tak ade pape katenye kat atas loteng ni.

Sebelum berangkat pulang ke tanah air, kami SEKALI LAGI telah dishopping kan. kate orang, jalan jauh2 tak kan tak bawak buah tangan untuk orang kat rumah kan. so, kitorang pon beli la ape2 makanan yang boleh dijadikan sourvenir. penat, habis duit kat sini je. grrr...





Kesian diorang ni, punya la penat sampai gi bedal bakso kat tepi jalan. sedap katanya... ^_=



Okey dah tiba masanya berangkat pulang. ermm sedihnye dah kena balik Malaysia. datang balik la masalah2 aku yang dah dilupakan sepanjang aku jalan kat Indon. mane nak pikir assignment, quiz yang tertangguh dan macam2 lagi lah. tak nak balik boleh tak? nak tinggal je kat sini... hehehe




Bergambar dengan pakcik dreber bas. tapi muke pakcik tak nampak pon. yang nampak kitorang je. biase la tuh...


Sebelum naik belon merah, kena amek gambar sambil lompat2. pic wajib bagi setiap orang yang ade DSLR. huhu


Panjang betul entry aku kali ni. berhari2 (malah berminggu2) jugak lah nak siapkan mengarangnya. tapi pape pon aku suke dengan trip kali ni. dan aku nak cakap........