Setiap manusia yang bergelar mahasiswa mesti mempunyai target untuk menjadi graduan cemerlang. tak cemerlang pon, at least jadi jugak graduan dan memiliki sekurang-kurang nya segulung diploma. kalau ikutkan pasaran masa kini, diploma tu tak membawa kepada peningkatan kerjaya. tapi rezeki tu ditangan tuhan kan. jangan nanti ade yang kate budak xde pelajaran xleh berjaya. malah, kadang2 kita tengok ade juge graduan yang tak berkerjaya. wallahualam... Dan alhamdulillah... secara kasarnya aku dah mencapai target tersebut dan telah pun memiliki sekeping kertas berharga tu.plus, dapat pingat lagi... tahniah Iezzu! :)
Untuk memperkemaskan lagi entry kali ni, macam biase aku nak saji korang dengan gambar2 sekitar hari konvokesyen dan juge di sebalik hari konvo tersebut...
Seperti lampiran di atas, (ceh macam nak buat surat rasmi nak hantar kat Najib pulak, hehe) sehari sebelum gi majlis konvo aku dengan kawan2 sempat meet dan berjimba sambil makan2 kat Batu Pahat. mulanya nak gerak ke Melaka same2, tapi laki aku tawarkan diri nak hantar pulak. kate orang, rezeki jangan ditolak... hehe... lagipun aku da lame tak datingan dengan laki aku tu. rindu rasenya nak luangkan mase bersame... <3
Hari pertama setelah berbulan2 tak jejak kan kaki di Merlimau... wah tetibe aku rase rindu kat pekan korok Merlimau Maju, Melaka Bandar Teknologi Hijau. ingatkan dah habis poli dah xde terikat dengan peraturan2 diorang, tapi sangkaan ku meleset. ternyata di majlis raptai aku still kena ikut schedule yangdiorang tetapkan. nak buat macam mana, kite kena la ikut majlis orang... =.='
Tapi bile habis je raptai petang tu, sesi fotografi pon bermula... senyum, 1.. 2.. 3.. ^_____^
Thanks kepada mak abah yang sudi datang dari jauh untuk tengok aku bergraduat. bangun pagi2 dan memandu berbatu2 semata2 nak tengok aku naik pentas. ni je lah hadiah yang boleh aku bagi kat mak bapak aku. hope diorang happy dengan hadiah yang aku bagi ni. insya-Allah degree nanti aku akan buat yang lagi terbaik.. amin... ('',)
Sedih sebab di poli kami tak ade pakai topi sebab kitorang just diploma holder. sebab tu jugak lah kitorang tak dapat nak baling2 topi macam dalam gambar2 orang lain. tapi sebagai inisiatif, kitorang balik je bunge tu... ade jugak benda nak dibaling kan.. haha.. takpe lah, nanti time degree leh pakai topi profeser plak.. hehe amboi cita2.....
Sehabisnye je majlis konvo kitorang bergegas balik ke rumah masing2. aku je tak dapat ikut family balik ke Johor sebab aku terpaksa balik ke Kedah. sedih kan orang belajar jauh di perantauan.... :')
Namun begitu, aku bernasib baik kerana ditemani sahabat baik a.k.a Makcik aku iaitu Ainaa. sementara nak tunggu bas pukul 9 malam tu, aku ngan dia pergi ke taman permainan yang selalu kitorang gi kalau bosan2 duduk rumah sewa dulu. giler legend taman ni dan menyimpan banyak cerita2 sedih yang dikongsikan bersamanya. lepas ni xde dah nak datang sini lagi... aiyooo syahdu...
Kat sini lah kitorang datang time putus cinta, kat sini jugak tempat kitorang main bunga api masa raya. dan kat sini jugak tempat aku lari time gaduh ngan laki aku dulu. hehe macam dalam drama2 pulak kan... tu semua hanya tinggal kenangan yang sangat2 bermakna dalam hidup dan ianya akan tetap menjadi memori sebagai 'Student Lifestyle'....







