Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

An Explanation

Hari ni aku nak jelaskan sedikit salah faham yang selalu kawan2 aku tanye kat aku. kawan2 aku pernah tanye, kenapa aku ade 2 blog yang berbeza? kenapa blog lame kau da x aktif lagi? ape beza blog kau yang ni dengan yang lagi satu? dan macam2 lagi la soalan yang pernah diajukan. kalau korang tengok kat MENU TAB aku tu ade satu tab yang mengelinkkan blog ni dengan blog lagi satu. tekan je OUR LOVE kat atas tu, then korang akan secara automatik diconnectkan ke iezzuddean.blogspot.com

Sebenarnye aku memang suke buat sesuatu banyak2 kali sampai aku dapat sesuatu yang memuaskan hati, even kalau buat homework assignment pon aku akan edit2 sampai jadi hasil terbaik. tapi macam blog aku ni, xde kene mengena pon dengan buat sampai puas tu, hehehe.

Official blog qasehiezzu.bs ni lebih kepada cerita2 sedih yang aku alami, manakala iezzuddean.bs pulak more kepada cerita2 cinta aku dengan laki aku. kalau korang perasan cerita yang selalu aku tulis kat iezzuddean.bs semua cerita2 happy je, dan lagi satu aku suke tulis benda2 yang 1st time kitorang buat sepanjang kapel. tema yang aku pilih  untuk blog tu pon bersempena warna yang laki aku minat iaitu ungu. 

FYI, aku pon pernah ade beberapa link blog yang berlainan. aku pernah ade blog untuk ex-boy aku, tapi blog tu x lame hayat die dan telah pon dihapuskan. motif? xnak kenang cerita lame.  aku juga ade memiliki satu lagi blog yang masih aktif, tapi ia bukan untuk tatapan umum seperti dua blog yang aku da sebutkan tadi. blog ni aku private kan atas alasan ianya terlalu peribadi. dalam blog tu aku selalu cerita perihal family, masalah kawan2 dan masalah sendiri. maklum la, tak semua masalah kita boleh bagitau orang, dan satu orang tak mungkin boleh dengar semua masalah kita.

Kawan2 terdekat aku mungkin tau masalah 'abang ipar' aku, dan sesetengah orang jugak pernah tau masalah 'akak ipar' aku time kat uma. atas dasar diorang ni dah jadi family aku, so tak baik la aku nak aibkan diorang kat public. tapi aku ni manusia biase jugak, dah tak tahan sangat dengan masalah diorang ni so aku tulis segala bende2 yang tak sihat kat blog tu. camtu jugak la dengan hal2 membe aku.

Cube korang cari kat search bar korang addres2 blog aku, mane tau korang boleh jumpe link blog yang aku sebutkan td tu. hehehe. tapi mustahil la korang akan jumpe, sebab aku tak guna name IEZZU langsung kat blog tu. even email yang aku guna pon berlainan dengan official blog aku. dan kemungkinan jugak ejaan name aku pon da berlainan.

Aku mengaku yang aku mempunyai nama yang agak berbeza2. masa aku still kat primary school dulu kawan2 selalu panggil aku ZULAIHA, tapi tak pe la sebab tu memang name asal aku. cikgu2 pulak selalu panggil aku SITI (satu name yang sangat aku tak suke). bile dah naik sekolah menengah pulak aku suggestkan kat kawan2 aku name IEZZU. biase la name glemer. dan name tu jugak yang aku gunakan sampai sekarang. tapi ade hal2 tertentu pulak aku selalu tipu name aku.

Let me explain. dulu kalau jalan2 kat town ngan membe2, kerap kali jugak la mamat2 yang sebok mengusha. so aku ngan kengkawan suke guna name samaran, ia untuk mengelakkan diri dari menjadi terlampau 'glemer'. hahaha. ni kira kes masuk bakul angkat sendiri la kan. antara name2 yang pernah aku guna ialah : Ella, Wani, Ifa, Ika, Intan, Natasya dan aku tak ingat bape banyak lagi name yang aku penah guna. tapi name terbaru yang aku guna ialah Qaseh & Aiha. Qaseh ni name special sket sebab aku suke name ni and ade orang2 tertentu jek yang guna. manakala name Aiha pulak ade sorang je yang tersangat special yang aku benarkan die panggil aku Aiha. alamak, ayat belit2... sori eah.

So, kesimpulan kat sini aku tak suke la orang nak judge aku yang bukan2. sebab kadang2 ape yang aku tulis dalam blog ni tak semuanye betul. ape yang betul cume Allah yang  maha mengetahui. dan kadang2 juga aku tulis blog untuk MENGAMBIL HATI  orang lain. maaf la ye pada sesape yang pernah tekena... hamba tak sengaja. hehehe